Saturday, September 10, 2011

Pertandingan Memancing Taman Pertanian Sekayu

Sekitar Tasik di awal pagi...

Larat ker layan kalau ikan makan pancing ni dik!

Ni jer yg dapat....
Acara pembahagian hadiah & cabutan bertuah

Monday, September 5, 2011

Talapia Tasik Kenyir

Ikan Talapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesis dari puak biologi tilapiine cichlid. Talapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara.
               Di Tasik Kenyir, talapia telah diperkenalkan melalui kaedah penternakan didalam sangkar beberapa tahun yang lalu. kawasan penternakan ternesar ialah di kawasan Sg. Chomo yang terletak berhampiran perkampungan Orang Asli Sg. Berua.
               Di Tasik ini juga terdapat spesis talapia liar yang terhasil dari pembiakan talapia sangkar. Berat talapia luar sangkar ini boleh mencecah hampir 2 - 2.5 kg. Kebanyakan spesis talapia luar sangkar ini adalah dari jenis Tilapia Biru (Oreochromis aureus).

Ikan berkenaan adalah merupakan target pemburuan pada kali ini. Kawasan pancingan adalah merupakan kawasan penternakan ikan air tawar yang terbesar di Tasik kenyir iaitu di kawasan Sg. Chomo.


Abg. Chik & Pomeng dengan hasil tangkapan masing-masing

Pomeng dengan tangkapan Talapia yang terbesar
Selain Talapia, spesis patin juga mendiami kawasan tersebut.
Hasil tangkapan keselurukan selama 3 jam...hehehe