Saturday, January 22, 2011

Dah lama rasanya saya tak update blog ni. trip casting kali ni adalah sekadar memanaskan badan.
Lokasi               : Saujana Putra
Lure                  : Sesudu
Hasil tangkapan : Haruan & Bujuk


Haruan yang pertama



Lokasi persembunyian haruan


Haruan yang kedua


Huhh.."bird nest" lagi....















Hasil pada hari ke-2

Wednesday, January 5, 2011

Tips minggu ini

Cara-cara mengikat & kegunaan FG Knot

Sebelum mengetahui cara-cara mengikat FG Knot, saya selalu menggunakan ikatan Albright untuk menyambung mono shock leader (tali tangsi) ke braided main line (tali sulam) utuk kegunaan casting atau poping. bagaimanapun, ianya menyebabkan kelancaran tali keluar tidak begitu memuaskan, bonjolan sambungan sering tersangkut pada ring (cincinan) joran dan seterusnya menyebabkan jarak balingan berkurangan. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya shock leader berukuran 80 - 100 Ibs. Ketidak puasan hati perkara ini telah menyebabkan saya mencuba FG Knot yang mana biasanya digunakan oleh hardcore poping di seluruh dunia.

kelebihan FG Knot ialah ianya tidak mempunyai bonjolan yang disebabkan oleh overlapping shock leader. Ini menyebabkan tali keluar dengan mudah dan mulus. Cross wrapping tali sulam utama di atas shock leader menyebabkan tali sulam menggigit pada shock leader apabila tekanan diterapkan pada hujung yang berlawanan simpul. terdapat beberapa kali berlaku semasa jigging, dimana tali pancing tersangkut pada karang dan batau di dasar laut. walaubagaimanapun, hanya shock leader sahaja yang putus, dan bukanya ikatan FG Knot.

Ikatan FG Knot ini memerlukan bayak masa semasa proses ikatan dan kelihatan agak rumit, tetapi ianya tidak seperti yang disangka.

Langkah-langkah:

 
Selamat mencuba....

Sunday, January 2, 2011

Trip Klanang

Berlangsung secara "sengaja" hehehe... tarikh tak ingat sbb terjadi sblm puasa. Turun kat Klanang tp main area2 dpn Port Klang. Ahli2 komplot 4 org. Turun dlm pkl 11.00pg Sabtu, Balik lbh kurang di waktu yang sama pada hari Ahad. Umpann sotong segar...bleh tangkap kat situ gak.
Arus kuat merupakan cabaran utama memancing di perairan Selat Melaka. Walaubagaimanapun, hasilnya boleh tahan..seperti dlm gambar kat bawah..

Semunya jenahak bebbb.....
Time larut malam lg besar2