Monday, March 5, 2012

Memburu Kelah Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan diantara tempat yg menjadi tarikan utama bagi pelancong dan pemancing di Terengganu dan juga Malaysia. Ia terletak di Hulu Terengganu iaitu lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Hutan Hujan Tropika yang meliputi kawasan Tasik Kenyir dipercayai diantara yang tertua di dunia. Tasik Kenyir juga merupakan separuh daripada Taman Negara.

Trip memancing pada kali ini ialah ke Sg. Terengan, Taman Negara. Saya bersama-sama 2 lagi pemancing bertolak dari Kuala Lumpur jam 01.00 pagi pada 25/2/2012. Keadaan kabus yang tebal disepanjang jalan di Terengganu menyebabkan masa perjalanan sedikit lambat. Keadaan kabus masih lagi tebal ketika sampai ke Kuala Berang.
Saya (kanan) bersama 2 lagi pemancing dari Kuala Lumpur

Trip pada kali ini disertai oleh belia-belia extreme dari Kg. Bukit Gemuroh & Kg. Kuala Menjing. Setelah semua kelengkapan tersedia, kami bertolak ke Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Jenagor, Kuala Berang.




Stesen ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara memandangkan ianya lebih dekat berbanding Pengkalan Gawi. Pendaftaran di pos pengawal TNB memgambil masa lebih kurang 1/2 jam. Setelah selesai urusan pendaftaran, maka bermulalah perjalan menaiki boathouse dari pengkalan ke Taman Negara.

Pengkalan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Tasik Kenyir

Perjalanan ke Taman Negara megambil masa 4 - 4 1/2 jam bergantung kepada saiz dan enjin bot. Disepanjang perjalanan, banyak permandangan-permandangan menarik yang sememangya tiada di tempat lain.



Masa yang terluang digunakan untuk menyediakan peralatan pancing



Pemandangan berlatarbelakangkan Gunung Bewah


Diantara bot-bot ke destinasi yang sama


Kelibat Ikan Toman..

Taman Negara Resort, Tanjung Mentong yang merupakan pintu masuk dan check-point ke Taman Negara.

Lebih kurang pukul 4 petang, kami sampai ke destinasi yang di tuju. Maka bermulalah episod memburu Kelah.


Hasil pancingan hari pertama 'Kelah Kejor'

Expedisi memancing pada hari ke-2 agak ekstrim kerana pemancing-pemancing yang berkenaan terpaksa berjalan kaki meredah hutan tebal dan jeram-jeram selama 3 jam untuk sampai ke Lubuk Panjang, yang sememangnya dihuni Kelah Merah & Kejor yang bersaiz besar. Perjalanan bermula seawal 7.30 pagi. Perjalanan meredah hutan terpaksa diperlahankan seketika akibat terserempak dengan 'Pak Belang'. Alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.





 Berehat seketika setelah penat meredah hutan belantara
 Antara pemancing yang menyahut cabaran ke Lubuk Panjang. Sesungguhnya ketahanan mental & fizikal adah perlu untuk mengharungi keadaan sebegini

 Inilah diantara jeram berbatu yang terpaksa ditempuhi. Penggunaan kasut yang sesuai adalah perlu untuk mengelakkan daripada tergelincir semasa berjalan di kawasan seperti ini.

 Inilah Lubuk Panjang

Bermula dari Lubuk Panjang ini kami bergerak ke hilir perlahan-lahan sambil memancing.





Bagi yang tidak menyertai expedisi ke hulu sungai, para pemancing juga boleh memancing kelah di kawasan boathouse. 
Lubuk di kawasan boathouse

Inilah hasilnya setelah berkampung di 3H 2M di taman Negara





Sunday, December 4, 2011

Lubuk Pemanas Badan

Memang best mancing kat sini. Setiap kali balik kampung saya akan kesini untuk memancing. Sungai ni memang banyak ikan, pancing jer mesti dapat..hehehe. selalunya penduduk di sini hanya menangkap ikan menggunakan jala. Diantara spesis yang mendiami sungai ini ialah baung, Patin, sebarau, Lampam, Kawan, Rong dan beberapa spesis termassuk yang jarang dijumpai iaitu Seluang Batang yang saiznya boleh menjangkau sebesar hujung lengan.
Diantara spesis yang selalu diperolehi:





Saturday, September 10, 2011

Pertandingan Memancing Taman Pertanian Sekayu

Sekitar Tasik di awal pagi...

Larat ker layan kalau ikan makan pancing ni dik!

Ni jer yg dapat....
Acara pembahagian hadiah & cabutan bertuah